ANGELES CITY: Nazri Sutari berjaya memenangi pingat emas pertama Singapura di Sukan SEA bagi sukan sambo hari ini (5 Disember) selepas menewaskan Jason Sim dari Indonesia dengan lapan mata.
Nazri menang dalam kategori sambo kombat lelaki bawah 82 kg dalam perlawanan yang berlangsung di Angeles University Foundation Gymnasium di Angeles City, Filipina.





