SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sukan SEA: Nazri Sutari genggam pingat emas pertama S'pura dalam sambo kombat

Sukan SEA: Nazri Sutari genggam pingat emas pertama S'pura dalam sambo kombat

Dec 5, 2019 | 5:58 PM

Sukan SEA: Nazri Sutari genggam pingat emas pertama S'pura dalam sambo kombat

SAMBO: Nazri Sutari memenangi pingat emas pertama Singapura bagi sukan sambo di Sukan SEA di Filipina.
SAMBO: Nazri Sutari memenangi pingat emas pertama Singapura bagi sukan sambo di Sukan SEA di Filipina. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID

ANGELES CITY: Nazri Sutari berjaya memenangi pingat emas pertama Singapura di Sukan SEA bagi sukan sambo hari ini (5 Disember) selepas menewaskan Jason Sim dari Indonesia dengan lapan mata.

Nazri menang dalam kategori sambo kombat lelaki bawah 82 kg dalam perlawanan yang berlangsung di Angeles University Foundation Gymnasium di Angeles City, Filipina.

Rakan sepasukannya, Ashvin Singh, pula menduduki tempat kedua bagi kategori bawah 74kg selepas dikalahkan Mark Striegl dari Filipina dengan lapan mata.

Sambo merupakan antara sembilan sukan yang ditampilkan buat kali pertama di Sukan SEA selain sukan lain seperti e-sukan, jujitsu, kurash dan luncur air.

Sambo merupakan seni mempertahankan diri dan sukan kombat serupa dengan judo dan jujitsu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg