POLIS telah menangkap 123 suspek yang disyaki terlibat dalam gangguan pemiutang wang haram dalam operasi tiga hari yang dijalankan antara Selasa (13 Ogos) dan Khamis lalu.
Menurut kenyataan polis semalam, pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan tujuh divisyen polis darat melakukan serbuan dan menangkap 83 lelaki dan 40 wanita yang berusia antara 19 dengan 64 tahun.






