SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

123 ditangkap dalam operasi cegah gangguan tailong

123 ditangkap dalam operasi cegah gangguan tailong

Aug 17, 2019 | 2:08 PM

123 ditangkap dalam operasi cegah gangguan tailong

-

POLIS telah menangkap 123 suspek yang disyaki terlibat dalam gangguan pemiutang wang haram dalam operasi tiga hari yang dijalankan antara Selasa (13 Ogos) dan Khamis lalu.

Menurut kenyataan polis semalam, pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan tujuh divisyen polis darat melakukan serbuan dan menangkap 83 lelaki dan 40 wanita yang berusia antara 19 dengan 64 tahun.

Polis berkata seramai 90 daripada suspek yang ditangkap telah membuka akaun bank dan memberikan kad ATM serta nombor pengenalan peribadi mereka kepada tailong untuk memudahkan perniagaan penghutangan wang haram mereka.

Di bawah Akta Peminjam Wang, jika akaun bank atau kad ATM seseorang digunakan untuk memudahkan penghutangan wang haram, orang itu dianggap telah membantu melakukan perniagaan peminjaman wang tanpa lesen.

Pesalah kali pertama boleh dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun, disebat enam kali dan boleh didenda antara $30,000 dengan $300,000.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg