SEORANG pengurus penonton kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Changi mencabul amahnya berulang kali di rumahnya sewaktu keluarganya pergi bercuti.
Pada 28 November 2016, Stanley Cheng Kim Han, yang telah berkhidmat dengan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (Caas) lebih dari 20 tahun, menyandarkan kepalanya pada bahu kanan warga negara Myanmar yang berusia 23 tahun itu.





