MELAKA - LELAKI warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka pada Khamis (24 Oktober) atas dua tuduhan membunuh isteri dan anak tiri, yang mayatnya ditemukan dikerat lapan berselerakan di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong, pada 10 Oktober lalu.
Tertuduh, Shahrul Nizam Zuraimy, 31 tahun, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.





