Dalam umat Islam di Singapura ceria menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, sanak saudara dan teman, ada pula segolongan pekerja perkhidmatan awam yang terpaksa mengorbankan masa dengan orang tersayang demi menjalankan tugas mereka. Daripada memastikan rakyat Singapura dapat beraya tanpa sebarang gangguan elektrik, memastikan kesejahteraan pesakit serta menjaga keselamatan negara, BERITA HARIAN (BH) menemui tiga pegawai yang akan bertugas pada...





