ANAK seorang warga Singapura merupakan antara mangsa yang terkorban dalam tragedi serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu (15 Mac).
Allahyarham Tariq Rashid Omar, 24 tahun, yang menetap di negara itu sejak lahir telah pergi ke Masjid Al Noor untuk menunaikan solat Jumaat seperti biasa hari itu.





