PIHAK awam tidak dibenar menziarahi kubur saudara-mara mereka yang ditanam di kawasan perkuburan yang kini sedang digali untuk dikebumikan semula.
Dalam kenyataannya semalam Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata proses gali dan kebumi semula kubur di Pusara Aman telah bermula sejak September tahun lalu di Blok 6, 7, 8, 9, 19 & 20. Sekitar 19,000 kubur terjejas, berdasarkan laporan akhbar...





