PERLAWANAN Perisai Masyarakat AIA yang berlangsung di Stadium Jalan Besar malam tadi (23 Februari) menyaksikan pasukan Home United menang 5-4 melalui tendangan penalti selepas keputusan seri 0-0 pada wisel penamat.
Mereka mengalahkan juara bertahan, yang juga merupakan juara Liga Perdana Singapura (SPL) musim lalu, Albirex Niigata.





