Jumlah lulusan politeknik yang diterima masuk ke Universiti Nasional Singapura (NUS) dijangka bertambah bagi tahun akademik baru Ogos ini. Ini memandangkan NUS baru-baru ini mengenalkan skim kemasukan khas yang dibuka bagi lulusan politeknik yang menampilkan kecenderungan dalam bidang keusahawanan. Setiap daripada lima politeknik setempat bahkan diminta mencalonkan sehingga 40 pelajar tahun akhir mereka yang cenderung berniaga mahupun terlibat dalam program...





