WARGA Singapura yang layak menerima bayaran Baucar GST bulan ini harus berhati-hati dengan SMS, e-mel atau panggilan palsu berhubungnya, kata Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (1 Ogos).
Menerusi laman Facebook mereka, MOF berkata penerima yang telah mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka menggunakan SingPass akan dimaklumkan menerusi satu SMS rasmi mulai hari ini tentang bayaran itu.





