BIASANYA anda boleh didenda jika menconteng pada harta benda awam, tetapi pada hujung minggu lalu beberapa pengunjung di sekitar Arab Street termasuk kanak-kanak dilihat begitu bebas menconteng jalan raya menggunakan kapor warna-warni meluahkan ekspresi mereka.
Bahkan di jalan raya yang ditutup daripada lalu lintas itulah, pengunjung boleh mengambil bahagian dalam pelbagai permainan papan yang diletakkan di jalan, seperti "Snake and...





