Warga Singapura termasuk anggota perniagaan sudah mula menyumbang kepada usaha bantuan kemanusiaan bagi ribuan penduduk yang terjejas menyusuli empangan yang runtuh di Laos. Pesawat C-130 yang kedua dari Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) tiba di ibu kota Laos, Vientiane, pada 27 Julai lalu dengan membawa bekalan darurat. Rabu lalu pemerintah Singapura mengumumkan menyumbang sebanyak AS$100,000 (S$136,000) bagi melancarkan pungutan derma...





