AKAR Subur, pementasan yang mengetengahkan bakat penciptaan tari dari kalangan pereka tari muda pelbagai kumpulan, kembali dengan wajah-wajah baru dengan idea-idea yang lebih segar.
Penciptaan gerak tari mereka adalah hasil bengkel intensif khas dua hari yang dikendalikan oleh guru tari dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia (UPSI), Dr Sang Woo Ha.





