PEMERINTAH akan memastikan skim insurans jagaan jangka panjang nasional CareShield Hayat kekal dimampui, inklusif dan mampan demi memenuhi keperluan jagaan jangka panjang warga Singapura sedang penduduk negara ini semakin menua, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.
Merumuskan perdebatan mengenai skim itu, Encik Gan berkata CareShield Hayat bukan hanya sekadar satu skim insurans, namun ia tunggak utama dalam rangkaian keselamatan sosial...






