PELAKON dan pengacara popular, Mira Filzah, menafikan khabar angin mengatakan beliau kini sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan pelawak, Zizan Razak.
Mira atau nama lengkapnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25 tahun, berkata desas-desus yang hangat diperkatakan di media sosial adalah tidak benar memandangkan kedua-dua sibuk menguruskan kerjaya masing-masing.





