Jumlah siswazah dari universiti swasta yang berjaya mendapat pekerjaan enam bulan selepas menamatkan pengajian adalah rendah iaitu sekitar 47.4 peratus berbanding dengan 78.4 peratus bagi siswazah yang tamat pengajian di universiti berautonomi khususnya Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU). Demikian menurut Tinjauan Pekerjaan Siswazah (GES) Institusi Pendidikan Swasta (PEI) yang didedahkan baru-baru ini....






