LEBIH 20,000 helai pakaian dan aksesori Hari Raya diagih kepada keluarga berpendapatan rendah di Kelab Masyarakat (CC) Tampines West menerusi satu inisiatif kebajikan, pada 3 Jun.
Projek Ihsan 2018 ini memberi peluang kepada keluarga berpendapatan rendah dan golongan yang memerlukan untuk memperoleh pakaian baru sempena Lebaran dengan percuma. Pakaian tu didermakan oleh warga Muslim dan syarikat-syarikat setempat.





