SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Keluarga berpendapatan rendah terima habuan Projek Ihsan 2018

Keluarga berpendapatan rendah terima habuan Projek Ihsan 2018

Jun 3, 2018 | 5:00 PM

Keluarga berpendapatan rendah terima habuan Projek Ihsan 2018

LEBIH 20,000 helai pakaian dan aksesori Hari Raya diagih kepada keluarga berpendapatan rendah di Kelab Masyarakat (CC) Tampines West menerusi satu inisiatif kebajikan, pada 3 Jun.

Projek Ihsan 2018 ini memberi peluang kepada keluarga berpendapatan rendah dan golongan yang memerlukan untuk memperoleh pakaian baru sempena Lebaran dengan percuma. Pakaian tu didermakan oleh warga Muslim dan syarikat-syarikat setempat.

Dimulakan sejak tahun lalu, projek ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Tampines Central dan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Tampines West,

Sejumlah 100 keluarga yang merupakan benefisiari kebajikan dari kawasan undi GRC Tampines, Masjid Darul Ghufran dan pertubuhan kebajikan lain, turut menerima habuan kuih raya dna makanan lain.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli, yang juga merupakan Anggota Parlimen(AP) GRC Tampines hadir sebagai tetamu terhormat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg