PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hampir 5 petang tadi (24 Mei), selepas menghabiskan sekitar enam jam dalam bangunan itu memberi keterangan buat kali kedua minggu ini.
Datuk Seri Najib sedang membantu dengan siasatan berhubung kes SRC International.





