SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Najib selesai beri keterangan kepada SPRM

Najib selesai beri keterangan kepada SPRM

May 24, 2018 | 5:45 PM

Najib selesai beri keterangan kepada SPRM

BERI KETERANGAN: Datuk Seri Najib bercakap dengan media selepas memberi keterangan di pejabat SPRM hari ini (24 Mei).
BERI KETERANGAN: Datuk Seri Najib bercakap dengan media selepas memberi keterangan di pejabat SPRM hari ini (24 Mei). - Foto AFP

PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hampir 5 petang tadi (24 Mei), selepas menghabiskan sekitar enam jam dalam bangunan itu memberi keterangan buat kali kedua minggu ini.

Datuk Seri Najib sedang membantu dengan siasatan berhubung kes SRC International.

Beliau didakwa menerima RM42 juta ($14.2 juta) dalam akaun peribadinya yang didakwa daripada SRC, menurut akhbar The Straits Times.

Apabila Datuk Seri Najib akhirnya keluar dari bangunan SPRM itu, beliau memberitahu media bahawa beliau telah memberi keterangan sebaik mungkin.

"Ini mengambil masa dari 10 pagi hingga 4.30 petang. Saya diberi masa untuk solat dan berehat selama 40 minit," katanya sambil menambah sesi mengambil keterangan itu dijalankan dengan professional.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg