PEMANDU muda berbakat Singapura, Daim Hishammudin, menjadi kebanggaan negara apabila menjuarai siri berprestij perlumbaan kereta Motorsport Caterham Prince Lubricants 2017 yang berakhir di Litar Antarabangsa Sepang sebentar tadi (3 Disember 2017).
Daim, 19 tahun dan masih menjalani perkhidmatan negara (NS), memenangi kededua perlumbaan terakhirnya bagi kelas 420R itu untuk mengekalkan prestasi hebatnya memenangi kesemua 10 perlumbaan yang disertai dalam siri...






