Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram telah menyampaikan tazkirah bertajuk 'Denganmu Ya Rasulullah, Kami Mengenali Cinta' sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid An-Nur di Marsiling petang tadi (2 Disember).
Dalam tazkirah yang dihadiri sekitar 1,500 jemaah itu, Dr Mohamed Fatris menerangkan bahawa cinta yang diajar oleh Nabi saw ialah cinta yang memupuk rasa hormat dan perasaan menginginkan kebaikan sesama manusia.






