PENGGEMAR filem seram mungkin setuju jika penulis berkata filem Pengabdi Setan arahan Sisworo Gautama Putra pada 1980 antara filem sangat seram yang pernah Indonesia hasilkan.
Maka tidak hairanlah jika filem yang dilakonkan semula dengan tajuk sama arahan Joko Anwar itu sekarang berjaya 'pecah panggung' hingga meraih kutipan sebanyak RM7.2 juta ($2.4 juta) di Malaysia dan menarik seramai 4.2 juta penonton...






