Dengan sebatang pena di tangan ini, kulakar kisah duka saudara teraniaya biar berhimpun segala doa bersampul harap, biar kutelanjangi kezaliman yang terhijab agar dunia mengecam tangan-tangan durjana, pembuat onar daripada kalangan penguasa. Dengan sebatang pena ini, kukumpulkan segunung simpati agar yang mampu boleh menabur bakti petanda perikemanusiaan belum mati. Akan kuperangi para pendusta perosak maruah agama, yang membasahi bumi dengan...






