SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Dengan Sebatang Pena

Premium

Dengan Sebatang Pena

Dec 24, 2017 | 5:30 AM

Dengan Sebatang Pena

-

Dengan sebatang pena di tangan ini, kulakar kisah duka saudara teraniaya biar berhimpun segala doa bersampul harap, biar kutelanjangi kezaliman yang terhijab agar dunia mengecam tangan-tangan durjana, pembuat onar daripada kalangan penguasa. Dengan sebatang pena ini, kukumpulkan segunung simpati agar yang mampu boleh menabur bakti petanda perikemanusiaan belum mati. Akan kuperangi para pendusta perosak maruah agama, yang membasahi bumi dengan darah insan tak berdosa. Tuhanku, tidaklah ada yang Kau-ciptakan itu sesia. Dengan segala kudratku dan ilham yang Kau-anugerahi, aku berjuang di sini dengan sebatang pena.

MUHAMMAD KHALID BIN ZAIN

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg