BAGI mempersiapkan syarikat menghadapi kemungkinan berlakunya pengganasan, sebuah program baru SGSecure at Workplaces diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap isu keselamatan ini.
Menjelang 2020, sebanyak 27,000 syarikat dijangka bersedia menghadapi kemungkinan itu (SGSecure-ready) dan 30,000 syarikat telah dilibatkan (SGsecure-engaged), menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).






