DALAM memilih pekerjaan yang sesuai, Encik Mohamed Farouq Mohamed (gambar) lebih menekankan tentang kerjaya yang membuka ruang bagi beliau membawa perbezaan dalam hidup orang lain.
Bidang kejururawatan menjadi sandaran meskipun ibu bapanya pernah menaruh harapan agar beliau menjadi jurutera dalam sektor petrokimia yang menjanjikan pendapatan lumayan.





