KESEMUA sembilan bida yang dikemukakan bagi pakej bas Seletar diterima oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Bida paling rendah sebanyak $480.3 juta daripada SBS Transit, syarikat yang sekarang mengendalikan perkhidmatan bas di kawasan itu, manakala yang tertinggi - $583.4 juta - datang daripada sebuah pengusaha bas swasta tempatan, Woodlands Transport.






