TUMPAHAN minyak yang berlaku di Johor pada Selasa (3 Jan) malam selepas perlanggaran dua kapal telah merebak ke pantai tanah besar Singapura.
Taman di sepanjang pantai timur laut Singapura, termasuk Taman Pantai Changi, terjejas, dengan kesan minyak hitam ditemui di pantai dan air cetek.





