PEARL HARBOUR (Hawaii): Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, menyertai Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dalam satu lawatan simbolik bersama ke Pearl Harbour pada Selasa (27 Dis) bagi memperingati korban Perang Dunia Kedua dan berikrar Jepun tidak akan melancarkan peperangan lagi.
Lawatan itu, hanya beberapa minggu sebelum bakal presiden Donald Trump mengambil alih jawatan, bertujuan menyerlahkan kekuatan pakatan Amerika-Jepun...






