Ibu bapa yang mempunyai anak warga Singapura kini berbelanja kurang bagi prasekolah mereka berbanding lima tahun lalu, menurut statistik yang dikongsi Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam Laporan Trend Keluarga sulungnya.
Yuran penjagaan bayi median bagi kanak-kanak warga Singapura turun sedikit daripada $1,275 pada 2019 kepada $1,235 pada 2023, manakala yuran penjagaan kanak-kanak median berkurangan daripada $800 kepada $720...





