POLIS telah menangkap lima lelaki berusia antara 17 dan 41 tahun kerana didakwa terlibat dalam satu kes rusuhan di Beo Crescent di Tiong Bahru pada Ahad (7 Ogos) malam.
Seorang wanita berusia 26 tahun membuat laporan polis bahawa suaminya yang berusia 30 tahun diserang oleh sekumpulan lelaki pada kira-kira 11.10 malam, kata polis dalam satu kenyataan pada Rabu (10 Ogos).





