JAKARTA: Satu letupan di sebuah feri yang ulang-alik antara Bali dan Lombok membunuh dua orang, warga Indonesia dan Belanda, dan mencederakan 13 pada Khamis (15 Sep), kata polis.
Bot itu membawa 35 penumpang, semuanya warga asing, dan empat anak kapal, dan baru sahaja meninggalkan pelabuhan Padang Bai di timur Bali pada pagi hari apabila letupan tersebut berlaku.






