KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, memohon maaf jika gurauannya supaya Perdana Menteri mencari seorang isteri daripada kalangan kaum Iban menyinggung mana-mana pihak.
Tan Sri Adenan berkata, saranannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu hanyalah satu jenaka dan dibuat mengikut cara berseloroh.





