LANGKAWI: Seramai 15 pemancing dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam sekitar 10 batu nautika ke selatan Pulau Payar, kira-kira satu jam perjalanan menaiki bot dari sini, malam semalam.
Menurut unit Perhubungan Awam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini hari ini, sebuah bot pengawal agensi itu, Pengawal 41, telah berlepas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima laporan kejadian...






