Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi menawarkan peluang niaga yang sangat besar untuk usahawan dan ahli perniagaan dengan keluasannya dianggarkan mencecah antara tiga dengan empat kali ganda saiz Singapura, kata pakar ekonomi dan Ketua Bersama Rantau, Penyelidikan Makro Kumpulan Perbankan Pelaburan Maybank, Dr Chua Hak Bin.
Menurutnya, walaupun sempadan fizikal JS-SEZ masih belum ditentukan, kawasan yang sedang dikenal pasti, dan...





