STUTTGART (Jerman): Jaringan, Mikel Merino, pada saat-saat akhir masa tambahan memberikan Sepanyol kemenangan dramatik 2-1 ke atas tuan rumah Jerman, dalam pertembungan suku akhir Euro 2024 yang memukau pada 6 Julai, melibatkan dua pasukan negara paling berjaya dalam kejohanan itu.
Perlawanan itu memasuki minit ke-119 dan kelihatan siap untuk penentuan sepakan penalti, apabila pemain gantian, Merino, bangkit untuk menanduk masuk...





