Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass) sedang membantu dalam pembubaran Charaku Pte Ltd, syarikat tempatan yang memiliki dan mengendali khidmat peranti penstriman karaoke yang dikenali sebagai Popsical.
Dalam satu kenyataan media pada 2 Julai, Compass – badan awam bukan untung yang mentadbir persembahan awam, penyiaran, hak penyebaran dan hak terbit semula muzik – menyatakan ia berjaya mengambil tindakan undang-undang...





