Lebih sembilan juta mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) pemerintah telah dihantar kepada orang ramai melalui pengenalan atau ID penghantar ‘gov.sg’ sepanjang dua minggu lalu.
Ia adalah sebahagian daripada langkah baru bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti mesej teks yang sahih daripada pemerintah.





