Sekitar 1.5 juta warga Singapura berusia 21 tahun ke atas pada 2024 yang layak akan menerima wang tunai sehingga $850 pada Ogos daripada Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GSTV)-Tunai yang diumumkan semasa Belanjawan 2023 pada Februari 2023.
Dalam satu kenyataan media oleh Kementerian Kewangan (MOF) pada 4 Julai, mereka yang layak akan menerima $450 atau $850, bergantung pada Nilai Tahunan...





