Insiden gangguan khidmat MRT di Laluan Utara-Selatan (NSL) pada 3 Jun lalu, yang menyebabkan ramai penumpang terkandas di beberapa stesen dan perhentian bas yang terjejas, adalah gangguan MRT pertama disebabkan oleh panahan petir sejak lima tahun lalu, kata Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.
Memandangkan bahagian landasan kereta api antara stesen Kranji dengan Marsiling terdedah kepada kilat, berkemungkinan panahan petir...





