Ekoran tuntutan tugas demi mencari rezeki, Encik Mohammed Ashraff Hussin, pernah tidak dapat berada di sisi anak bongsunya yang mengalami komplikasi Covid-19.
Beliau hanya menemui Raisya Ufairah Mohammed Ashraff, empat tahun, ketika si kecil dikejarkan ke hospital sebelum dia menjadi kanak-kanak kedua bawah umur 12 tahun di Singapura yang meninggal dunia akibat Covid-19.





