ISKANDAR PUTERI: Bagi mengelakkan kepupusan dugong di Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengambil inisiatif melaksanakan penanaman semula rumput laut di Pulau Tinggi dan Pulau Sibu, Mersing, Johor, yang merupakan kawasan ragut dan habitat mamalia itu.
Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Encik Wan Muhammad Aznan Abdullah, berkata usaha itu dilakukan bagi menarik kehadiran dugong di kedua-dua pulau yang diwartakan sebagai Taman...





