IPOH: Seorang peserta Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (KAPGA) Siri 1/2024 di Pusat Latihan PGA (PLPGA) Ulu Kinta, Perak, meninggal dunia pada 2 Jun, dipercayai akibat strok haba.
Allahyarham Lans Koperal Mohd Zulkifly Rozak, 31 tahun, dari Platun 6, Kompeni B Batalion 7 PGA, rebah ketika mengikuti kursus asas pasukan itu pada 30 Mei dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri...





