Jadualnya yang padat tidak menghalang Sofiyyah Mohd Amirullah, 17 tahun, daripada memenangi Anugerah Madrasah Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM).
Walaupun demikian, pelajar dari Madrasah Alsagoff Al-Arabiah itu menunjukkan daya tahan dengan mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat ‘O’ sambil mewakili Singapura dan memenangi pertandingan bahas dalam bahasa Arab di Qatar.





