Suara lunaknya biasa didengar di corong radio dan pentas seni, manakala namanya juga tidak asing lagi bagi peminat muzik Singapura dan negara jiran.
Bagaimanapun, apabila juara Singapore Idol, Taufik Batisah, diberi tugasan sebagai bilal bagi melaungkan azan untuk solat Jumaat pada 31 Mei di Masjid Ahmad Ibrahim, ternyata penyanyi, pelakon dan ejen hartanah ini berasa ‘seram’.





