Sesi pembelajaran Raudhatul Quran Masjid Ar-Raudhah kini menganjurkan Musabaqah Murattal Quran untuk menghargai dan mengenang jasa mantan qari Singapura yang termasyhur, iaitu Allahyarham Mohd Fadzuli Bajuri.
Sebagai rekod, Allahyarham pernah mengungguli tempat pertama musabaqah yang diadakan di Singapura, berturut-turut sejak tahun 1968 hingga 1972 pada peringkat kebangsaan. Allahyarham juga pernah memegang tempat kedua pada tahun 1969 dan 1971 serta memperoleh...





