KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor diarah memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman dikemukakan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lima anak syarikat serta empat yang lain, pada 4 Julai ini.
Saman itu adalah berhubung ribuan barangan mewah bernilai AS$346 juta ($467.5 juta) didakwa dibeli menggunakan dana syarikat itu yang diselewengkan.





